Wawancara DS Nizar-MB Perak Yg SAH

Aku ambil dari laman detikdaily.Alhamdulillah kerana doa-doa org yg bersolat hajat dan doa-doa yg inginkan kebenaran di makbulkan Allah.Tahniah DS Nizar dan org Perak.

SIDANG Dun 7 Mei di Ipoh, sekali lagi mencatat sejarah hitam buat demokrasi di Perak. Bukan sahaja tercalar malah baki-baki demokrasi yang masih ada, dipijak-pijak oleh BN untuk menurunkan Speaker dan menggantikannya dengan Speaker pilihan mereka. Kuasa Speaker hilang dan tidak dihormati. Pihak polis berlindung di sebalik lencana keselamatan tetapi terus tergambar sikap condongnya terhadap BN. Ikuti apa yang tercetus dalam Dun sepanjang tempoh “kecoh” terjadi. Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin yang sempat ditemui dua media PAS diwakili, WAN NORDIN WAN YAACOB dan AZAMIN AMIN sementara TVPAS, Shukri Mohammad dan Nazri Abdullah menceritakannya sewaktu di temui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak pada 7 Mei 2009, selepas usai sidang Dun tersebut.

Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit berkenaan perjalanan sidang Dun Perak hari ini, yang telah menimbulkan kekecohan dalam dewan?

DATO’ SERI MOHAMAD NIZAR: Apa yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat tadi itu, adalah satu perkara yang memberi kesan yang cukup elok kepada rakyat jika dapat lihat peristiwa itu. Pada awalnya, kita wakil-wakil rakyat ini dan isteri sahaja yang dapat masuk. Pemandu saya tidak dapat masuk.
Dan sampai di perbarisan, saya lihat tak penuh wakil rakyat yang hadir. Tuanku pula memeriksa perbarisan dan selepas itu Tuanku ke bilik menanti, sementara wakil rakyat masuk ke dewan sidang itu. Ada beberapa wakil rakyat DAP memang tidak masuk ke perbarisan itu, sebaliknya terus masuk ke dewan.
Ketika itu agak dah penuh. Dan semasa memulakan sidang, Speaker, V Sivakumar memaklumkan pertamanya tujuh wakil rakyat BN yang digantung keluar dewan dan yang lompat (Bebas) itu juga diminta keluar dewan.

Apa yang Speaker lakukan bila mereka enggan keluar dewan?

Speaker telah tegaskan jika tujuh Adun itu tidak keluar dewan, beliau tidak akan mulakan sidang. Masa itu Tuanku tunggu sahaja di luar (bilik menanti) tidak boleh masuk lagi. Kemudiannya BN tutup pembesar suara hingga tidak boleh fungsi. Kami juga tidak boleh bercakap sampai satu setengah jam. Suasana begitu tegang dan ketika itu mereka yang sepatutnya keluar, tak keluar juga.
Sivakumar meminta Bentara mengusir mereka, namun Bentara diam dan tidak mahu bertindak. Selepas dua jam mereka beramai-ramai berkumpul di satu tempat dalam dewan itu. Mereka buat usul tolak Speaker dalam kira-kira jam 11.30 pagi.
Masa itu siapa pun tak dengar dan pada masa itu mereka luluskan usul melucutkan jawatan Sivakumar. Kemudian mereka mengusulkan gantinya iaitu S.Ganeson (wakil MIC yang bukan Adun). Saya dengar dan lihat ketika itu mereka tepuk tangan dengan apa yang diumumkan oleh YB Lee Hui Yee, (Timbalan Speaker yang melompat) bahawa usul Zambry itu diluluskan.

Selepas itu, apa yang terjadi?

Ganeson datang menuju kerusi Speaker. Tetapi ketika itu, kami tidak benarkan Ganeson naik ke kerusi Speaker sebab beliau itu orang asing yang tiada kena mengena dengan Sidang Dun Perak.
Speaker Sivakumar tidak meninggalkan kerusinya. Ini menyebabkan Speaker yang tidak sah, Ganeson dilihat membuat pengumuman bahawa BN menangguh sejam persidangan, tapi mereka pun tak keluar. Ada yang juga pergi makan. Pada jam 1.30 tengahari, saya berbincang dengan Mufti (Dato’ Harussani Zakaria) dan sebagainya.
Kami solat Zohor dan selepas itu Speaker buat pengumuman usul itu ditolak, walaupun pembesar suara tak jelas. Tak boleh bersidang 10 orang BN tu keluar, sejam hingga sejam setengah. Setiausaha sidang itu panggil orang luar telefon, kita minta Ganeson keluar tetapi dia tak mahu.
Ketika itu berbalah. Macam-macam berlaku dan kemudian mereka datang dengan anggota samseng. Kita usulkan Ganeson keluar tapi ramai yang datang entah dari mana. Mereka mengelilingi Speaker kita (Sivakumar). Masa itu, mereka tak kisah apa. Kami juga tak takut dengan mereka.
Mereka kata mereka dari Bukit Aman. Kami minta Speaker arah mereka keluar dan ketika itu datang pula polis tergesa-gesa dan menangkap Speaker (Sivakumar). Polis yang tak pakai uniform membawa Sivakumar keluar dewan. Mereka nak meletakkan Ganeson di kerusi Sivakumar dan di situ kami tahan. Maka berlaku pergelutan. Bila Speaker nak umum kita bising. Kemudian Setiausaha sidang minta pada kami jaminan bagi sampai petang. Tak pun balik-balik lagi. Mereka kata jika Pakatan Rakyat bertenang, mereka kata nak bagi Speaker masuk.

Apa sikap Dato’ Seri waktu tegang macam itu?

Saya tak bagi jaminan dan saya tidak percaya. Apabila Speaker naik atas dia mengelilingi dan mengepung Speaker. Mereka ini katanya dari Bukit Aman, yang kawal ini anggota polis. Ganeson cuba cakap dan pihak teknikal membuka mikrofon yang dikhaskan untuk Ganeson.
Kita rampas mikrofon dan berlakulah bergelutan yang menyebabkan pasu bunga berterabur. Ketika itu Ganeson mahu bercakap tetapi ramai yang datang menghalang. Mereka mahu sekat tetapi katanya Tuanku mahu berucap.
Pada masa yang sama, dalam kekalutan itu, Setiausaha sidang mengumumkan Tuanku nak masuk dewan dan kelihatan wakil rakyat BN duduk di tempat masing-masing. Tidak lama selepas itu kami bincang bagaimana posisi kita (Pakatan Rakyat). Mereka (BN) seolah-olah mahu mempergunakan Tuanku untuk hal ini. Kami tak hormat jika Tuanku dimainkan.
Bila Tuanku masuk saya tengok Adun BN pun duduk. Kemasukan Tuanku diumumkan dalam keadaan kami masih berdiri, bila Tuanku duduk sahaja maka Tuanku panggil saya cakap Nizar dan Zambry sila datang…
Saya jumpa dengan Tuanku dan baginda berbisik, mohon minta Nizar bagi tahu Adun-Adun Pakatan Rakyat agar menghormati ucapan pembukaan sidang ini. Tuanku menghormati Pakatan Rakyat dan minta kami ambil tempat.

Apa lagi yang Raja Nazri bisikkan kepada Dato’ Seri waktu itu?

Baginda kata beliau tak terlibat dalam politik. Tuanku kata selepas berucap Baginda akan balik. Dalam sekelip mata kami setuju. Saya pun turun bagi sembah dan berucap kepada Adun Pakatan Rakyat, bagi hormati ucapan Tuanku. Saya kata semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi peluang kepada Tuanku berucap.
Saya pun merafak sembah kepada Tuanku dan sambil memaklumkan kejadian yang berlaku bahawa Speaker yang sah (Sivakumar) (telah dikasari dan diusir dengan kasar oleh polis, yang tak pakai uniform. Yang pakai uniform pun ada. Ramai betul polis.

Selepas itu, apa pula yang berlaku?

Bila saya sebut Speaker sah diusir entah ke mana, macam mana mahu meneruskan sidang jika dia (Sivakumar) ditahan. Apabila Tuanku nak berucap, itu saya bangun sekali lagi. Saya sebut dewan ini dicemari oleh polis entah datang dari mana. Waktu itu saya mohon mereka ini keluar. Mereka ini keluar serta merta.
Pasu bunga dah pecah depan itu Tuanku tengok. Tuanku berucap dan dengar. Habis berucap itu bila turun sayalah yang sambut dan iringi Tuanku.
Semasa nak turun Baginda bisik, Nizar ‘I want work with you. You have high potential’. Saya iringi Tuanku. Baginda bersalam dengan semua wakil Pakatan Rakyat. Selesai Tuanku salam, baginda pergi saya tak ikut.
Habis itu Baginda pergi dekat Zambry. Saya juga iringi Tuanku keluar dan naik lif dengan dia Dato SS tahan saya. Tak bagi masuk. Tuanku kata biarlah dia masuk. Dia suruh saya masuk. Zambry tak ada lagi masa itu. Kami masuk… Zambry lewat sikit.
Saya cerita tentang cucu dan sebagainya. Sampai ke kereta, saya merafak sembah, dan balik. Saya balik dengan Zambry dan masuk dewan. Selepas itu saya naik dengan Zambry. Saya tengok dia, dia tengok saya. Saya cakap kena bubar Dun. Kalau tak, takkan jadi macam ni.

Menarik tu. Apa reaksi Dato’ Zamry?

Dia kata saya yang buat kecoh, sedangkan dia (Zamry) yang rampas kerajaan Pakatan Rakyat. Bila masuk dan Ganeson mengambil tempat dia. Kami meluru ke tempat Speaker minta Ganeson keluar. Saya rampas mikrofon itu. Saya dapat dan sampai Zambry bangun. Saya usulkan tangguh dewan dan kami buat bising. Mikrofon Speaker dah ditutup.
Tapi mikrofon Zambry mereka buka. Dia kata ada usul tertangguh. Speaker pun kata tangguh. Mereka tinggalkan dewan, kita buat keputusan lima minit, panggil semua press dalam dan luar negara.
Setelah habis, kita buat sidang dewan dalam bilik perpustakaan. Kita terangkan apa yang berlaku. Tak ada persidangan sebab jika nak ada, hanya jika 10 Adun itu keluar. Titah yang Tuanku buat itu titah buka dewan. Bukan rasmi sidang.

Maksudnya Raja Nazrin tahu apa yang sedang berlaku sekarang?

Tuanku tahu apa yang berlaku. Saya dah nyatakan pada press dan kata Tuanku ucap terima kasih. Tuanku terima kasih banyak-banyak sebab boleh sampaikan hal itu dan dia boleh kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Saya sebut kepada press (media). Saya akan utus surat kepada Tuanku untuk perkenankan pembubaran ini sebagai jalan penyelesaian. Saya sempat pergi dengan YB Zainuddin. Saya jumpa Mufti dan saya jelaskan kepada mufti apa yang berlaku selama beberapa jam.
Dato’Harussani nampak suasana ini dan saya nyatakan beberapa tindakan mahkamah, kenyataan Tun Mahathir, dan sebagainya. Saya cakap dengan Dato’ Harussani agar panjangkan dengan Tuanku Raja Nazrin bahawa Dun tak ada fungsi jika tak bubar dan buat pilihan raya kecil.

Apa pula respons Dato’ Mufti terhadap saranan Dato’ Seri itu?

Dato’ Harussani nampak macam setuju. Seolah-olah beliau nampak setuju. Saya akan hantar secepat mungin surat kepada istana untuk menyuarakan sedikit apa yang berlaku hari ini dan pohon bubarkan Dun.
Akhirnya saya nyatakan bahawa keputusan mahkamah masih belum umum dan tangguh Isnin ini. Satu ciri “haram” Ganeson itu, dia nyatakan tangguh sejam. Dia “haram-haram” pun tangguh sejam. Dia pun tak keluar. Kenapa dia tangguh sejam? Tuanku pun tak masuk juga. Dia tangguh lagi sejam.
Rupanya dia tunggu keputusan mahkamah dari Kuala Lumpur itu. BN ingat keputusan menyebelahi kepada Pakatan Rakyat. Dia tunggu tapi keputusan katanya tak sebelahi mereka (BN). Dia nak nyatakan sidang hari ini tak ada sidang. Saya sudah nyatakan kepada Tuanku, itu kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Simpati kita dapat dari semua.
Kami sentiasa interaksi supaya maklumat dapat dikeluarkan. YB Khalil Idham Lim cepat hantar. Pakaran Rakyat dikasari tujuh orang. Ini gangster yang buat. Gambar kami ada. Tuanku bagi kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya akan gembelengkan apa yang saya cakap dengan Tuanku itu kepada rakyat.

Cerita Sebenar Tragedi Dun Perak


Kisah Sebenar Sidang DUN Perak dipetik dari blogger Topeng Perak

Pada 8hb. mei, 2009, saya berada di Batu 8 Changkat Jering. Lebih kurang 9.00 malam, saya menghadiri ceramah oleh DS IR Nizar. Kehadiran lebih kurang. 3-4 ribu orang. Saya sendiri tak tau pasal program tu. Bila kawan bagi tau baru lah saya perasan. Nampak gaya program ni agak low profile.

To cut the story short. DS Nizar telah berucap dan menceritakan detik-detik peristiwa hitam di DUN Perak. Beliau berkata bahawa ADUN-ADUN BN bersidang sesama sendiri untuk melantik Speaker baru tanpa melalui peraturan peraturan DUN apabila usul mereka untuk memecat Speaker ditolak oleh Speaker dengan menggunakan kuasa mutlaknya sebagai Speaker. Jadi mereka telah melanggar semua peraturan-peraturan sedia ada. Mereka telah melantik S. Ganesan yang bukan ADUN sebagai Speaker

Speaker Sivakumar telah mengarahkan Bentara untuk menyuruh 10 ADUN BN yang digantung agar keluar dewan. Tetapi Bentara enggan melaksanakan arahan beliau. Nampak sangat rampasan kuasa ini telah dirancang lebih awal lagi.

DS Nizar juga memaklumkan sebanyak 400 polis telah diarahkan berada didalam kawasan DUN siap sedia untuk bertindak. Berlaku beberapa kekasaran apabila mereka cuba memaksa Speaker turun dari kerusi. Mikrofon Speaker telah dimatikan. Speaker Siva berada dikerusi selama enam jam sebelum beliau ditarik secara paksa dan dikurung didalam bilik stor DUN.

Begitu hina perlakuan UMNO dan BN. Sebanyak 40 orang yang berbadan tegap yang dipercayai anggota polis telah mengheret Speaker pergi. Part ini saya tak sanggup nak tengok video-video yang ada sebab terlalu sedih melihat YB Siva diperlakukan sebegitu hina.

Selepas itu mereka telah mengepung tempat duduk Speaker. Kerusi Speaker yang baru telah diberi dan Speaker haram Ganesan telah menangguhkan permulaan sidang dari sejam-kesejam. Sebabnya ialah mereka merancang untuk menghalau DS Nizar dari dewan apabila mahkamah dijangkakan memutuskan siapa Menteri Besar sebenar pada 7hb. Mei, tetapi taqdir Allah telah melanjutkan keputusan tersebut pada Hari Isnin 11hb. Mei. Nampak gagal sikit perancangan UMNO disini.

Apabila keadaan agak tenang DS Nizar telah meminta Mufti memaklumkan pada DYMM Raja Muda bahawa keadaan agak kelam kabut dan kemungkinan perasmian tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila diumumkan Raja Muda berangkat masuk.

Raja Muda telah memanggil DS Nizar dan Datuk Ngeh mengucapkan terima kasih kerana menenangkan keadaan. Bukannya murka seperti dakwaan media pro UMNO. Selepas itu DS Nizar komplen tentang perlakuan biadap UMNO. Tidak pernah didalam sejarah dunia Speaker diperlakukan sebegitu.

Seterusnya DS Nizar memohon sembah agar semua individu yg bukan ADUN agar keluar dari Dewan. Bila Raja Muda mengarahkan anggota anggota polis (betul ke mereka ni polis ataupun samseng samseng UMNO?) keluar barulah mereka beredar dari mengelilingi kerusi Speaker.

Selepas perasmian seperti mana kebiasaan MB ialah orang yang pertama bersalam dengan Tuanku. Guess what? DS Nizar lah org yg pertama bersalam dengan diikuti oleh semua ADUN PR. Paling last bersalam adalah Mat Gelap Zambry 786. part ini teman nak ketawa… kah kah kah kah kah.

Selepas itu DS Nizar juga mengiringi Tuanku meninggalkan DUN. Mat gelap Zambry 786 ikut dari belakang… kah kah kah kah. Macam ofis boy aje… Nampak sangat bagaimana Allah SWT Maha Besar menghina beliau sebegitu rupa. Setibanya di lif, tetiba SUK dengan biadapnya menjerit “DS Nizar tak boleh masuk sama dalam lif”. DYMM Raja Nazrin bertitah” Datuk Seri ,sila masuk”. Tinggalah SUK hampeh tu sorang-sorang kat luar.

Padan muka dia. Yang masuk dalam lif berempat iaitu Raja Muda dan Puan Besar Zara, DS Nizar serta Mat Gelap Zamry 786. DS Nizar mengiringi Raja Muda sehingga ke kereta seperti mana sepatutnya seorang Menteri Besar… DS Zambry hanya jadi pengiring MB sahaja… kah kah kah kah kah… Beliau masih lagi menanti recognition sebagai MB. kesian… hajat tak kesampaian.

Bila balik kedewan Speaker Haram Ganesan menangguhkan sidang. Persoalannya ialah perlantikan beliau tidak sah. Ini bermakna tiada persidangan DUN. Segala undang-undang dan peraturan Dewan telah dilacurkan oleh UMNO. Akan timbul satu lagi konflik perundangan angkara UMNO.

ADUN-ADUN BN semuanya balik selepas itu. DS Nizar mengadakan sidang akhbar. Semua peristiwa yang berlaku didalam dewan dirakam dan tersebar diseluruh dunia… Malahan segala peristiwa disaksikan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan wartawan-wartawan seluruh dunia. Insyaallah rakyat Malaysia menjadi hakim terhadap peristiwa ini.

Segala kekejaman dan kesombongan UMNO terbongkar luas dan terang dimata masyarakat. Terbukti sudah akhlak dan peribadi mereka. Mereka hanya mengikut undang undang apabila ianya berpihak pada mereka.Jika tidak,tuan/puan saksikan lah sendiri bagaimana kurang ajarnya mereka.

Yang paling jelas polis sekali lagi telah melakukan sesuatu diluar bidang kuasa mereka. UMNO tak akan berjaya tanpa pertolongan agensi agensi kerajaan yang lain. Pihak polis amat efisyen untuk membantu UMNO tetapi merekalah yg paling tidak efisyen membenteras jenayah. Jelas sudah hidup dan mati mereka hanyalah untuk UMNO. Demi UMNO mereka sanggup mati. Buktinya Azilah dan Sirul yg membunuh demi menyelamatkan seorang pemimpin tertinggi UMNO.

Begitu juga SUK. Beliau sanggup bersikap biadap didepan Raja Muda demi untuk UMNO. Malahan ramai beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang perancang utama rampasan kuasa tersebut.

Tuan/puan semua suka atau tidak kita semakin hampir kepada Negara Polis bila kemuliaan DUN dicemari oleh UMNO

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka segala pekung didada UMNO bukan sahaja pada rakyat Perak tetapi juga dimata dunia. Insyallah UMNO akan jatuh didalam sedikit masa lagi. PR tidak kalah. PR telah berjaya menyampaikan mesejnya keseluruh dunia.

jalan2 ke zoo negara

27 april 2009-aku bersama keluarga aku dari Felda nitar telah melawat binatang-binatang yg duduk kat dlm sangkar ni ibu negara.bertolak jam 11am dan telah memasuki kawasan zoo jam 12tghri.ngah sedap2 melawat tiba2 hari jadi mendung dan guruh..tak lama pastu terus ujan…tak dpt melawat lebih byk kandang2 binatang tu…

pESTA bUkU AntArAbangSa KL 2009

25 April 2009-aku dan isteri bertolak awal utk dtg beli buku2 kat pesta buku kl bertempat kat pwtc.sampai2 je tengok dah jem area pwtc.bas sekolah diletakkan sepanjang jalan pwtc tu sampai jem kawasan tu.masuk parking pun beratur dan alhamdulillah dapat parking yg selesa kat bawah basement hentian putra tu.pastu kami masuk la ke pintu masuk dan ingin mengeluarkan duit sket tapi kawasan tu penuh ngan org yg nak beli buku,majalah dan tak kurang juga yg ingin keluarkan duit kat CIMB.kami berlegar selama 2 jam dan berjaya membeli buku-buku yg ingin kami beli.cam citer apa ntah aku tulis ni…hahahahha..lantakla…

Jam..Jem..Upenyer…

Pagi ni aku terperangkap dlm kesesakan di Jln Sg Besi-Seremban.Aku ingatkan kereta rosak tepi jalan ke apa..rupanya ada kemalangan maut di persimpangan Salak Selatan melibatkan motorsikal dengan MPV..aku tak nampakla mayat pembonceng tu tp aku rasa aku nampak pemandu MPV tu..sorang perempuan amoi cina..jalan jem bermula TUDM sampailah ke tempat kejadian…ingatkan leh cepat sampai TTC then gi mkn sarap dulu tp dok dlm jem tu pun dah dekat 40min…

famili day @ TM Resort PD

17-19 April 2009 bersama keluarga di Pantai 2,Teluk Kemang,PD di TM Resort.

seterusnya lihat di album online di friendster ini…

Gambar Umah

ni la rupe sikit byk gambar umah yg aku leh upload…umah kecik jer tp Alhamdullillah..ada tmpt berlindung aku dan isteri…

Ntah la…

Aku amik dari malaysiakini.com

Nilah pemimpin BN…

Gadis seksi pancing undi BN?

Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am
Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia “harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina.”

“Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

“Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

“Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

“Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya,” tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

“Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 07“(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan,” katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

“Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

“Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Rumahku @ Perdana Park,BTP,Rawang

Dlm beberapa minggu lagi aku akan secara rasminya menjadi warga Bandar Tasik Puteri,Rawang.Yelah umah aku dah siap..dah boleh diduduki…kalau tak duduk lak sapa yg nak duduk kan..umah aku tu baru siap dipasang “tile” dlm bilik,balkoni dan bilik jemuran..kira sepanjang bulan aku dan isteri ulang alik men”settle” kan pemasangan kos “tile” dan pemasangan kabinet dapur..sabtu yg lepas (14mac2009) aku dan isteri telah basuh umah sekali lagi apabila pemasangan tile telah siap..kemudian lepak skjp kat umah tu then baru lik..pemasangan kabinet lak munkin ari rabu ni (18mac2009). terasa letih sangat bila nak pindah ni…dulu kalau nak pindah tak bawak banyak brg sbb idup kat umah sewa ni aku dan isteri sempoi..tade perabot,katil,tilam dan mcam2 lagi lah..kiranya sape yg tengok umah sewa aku ni lapang gila sbb tade perabot..yg ada hanyalah 3 barang besar dan berat iaitu mesin basuh,peti ais dan tv29 inci jer..okla nanti aku dah pindah sana insyaallah nak jemput suma kawan-kawan aku ke teratak murah aku tu..tunggu la undangan dari aku yer..

Nujum Pak Belalang

Di ambil dari artikel Tranungkite.net dan diubahsuai sket jer oleh aku..

Kenkawan…baca dengan intonasi…yg betul yer? baru boleh dapat feel nyer….

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita…. Hahahahaha.. .!!!!

Soalan 1

Tukang Soal : ‘Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,

bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO/BN dan yang mana PR..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu

diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO/BN dan yang menegak

ke atas itulah PR..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??’

Ahli Nujum Negara : ‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO/BN hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya. ..’

Soalan 2

Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO/BN dan yang

manakah PR..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Ini  senang saja, kita letakkan kedua anak itik

ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai

terberak itulah UMNO/BN..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??’

Ahli Nujum Negara : ‘Sebab di dalam negara kita, musuh PR hanyalah UMNO/BN yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !’

Soalan 3

Tukang Soal : ‘ Ada sebuah masealah,

Satu… baaaanyak-banyak! !… Dua… sedikit-sediiiiikit ….!!!

Tiga… jarang-jarang! !!… Empat… kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???’

Ahli Nujum Negara : ‘UMNO/BN!!!’

Tukang Soal : ‘Buktikan..! !’

Ahli Nujum Negara : ‘Satu… Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO/BN memang banyak dalam negara ini…

Dua… Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari

bilangan ahli UMNO/BN yang banyak itu…

Tiga… Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan…

Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan

lihat ada pemimpin tertinggi UMNO/BN  yang mahu mendengar suara ahlinya…’

Soalan 4

Tukang Soal : ‘Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO/BN..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???’

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan Laksamana UMNO/BN bukan terletak pada

kerisnya ataupun pada jenteranya.. .’

Tukang Soal : ‘Dimana terletak kekuatannya. .???’

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan UMNO/BN hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !’

Tukang Soal : ‘Buktikan!!’

Ahli Nujum Negara : ‘Laksamana UMNO/BN begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu  toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol

dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO/BN

nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…’

‘Biasalah… UMNO/BN akan memungkiri  janji dan suka lari dari tajuk apabila

kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN… KITA LAWAN…!!!’

Soalan Extra

Tukang Soal : ‘Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana… !!! Apakah yang ada

di genggaman beta…????’

Ahli Nujum Negara : ‘……….. DUIT !!!..’

‘Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO/BN…’

Sekian… Semoga Terhibur… Wassalam…

!!” MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH “”!!

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..®

http://zulmamakpng.blogspot.com/

“ LAWAN TETAP LAWAN…!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT…!!! “