Kenapa orang Islam tolak Islam
1.Sedihnya rasanya aku mengenangkan orang-orang Islam khasnya orang MELAYU yg dlm IC nyer terang-terang mengaku dirinya Islam tapi menolak hukum-hukum dari Allah.Membaca quran utk menang piala..bukan nakkan pahala.Kenapa orang Islam tak boleh terima gerakan Islam?Salahkah Islam?Dlm Islam semua dah complete.Dari bab kenegaraan,hukum-hukum, politik, cara-cara kehidupan suma dah ada tapi kenapa bila orang yg ingin memartabatkan Islam selalu di pandang serong dan sanggup berperang dengan mereka?
2. Mmg benarlah perjuangan memartabatkan Islam byk halangan walaupun dari bangsa sendiri yg agamanya Islam.Pada aku,Islam utk semua dan bukan utk sesuatu kaum sahaja.Islam bukan hak milik orang MELAYU..Islam hak ALLAH.
3. Kita lihat sedikit petikan dari berita kosmo hari ini.
“Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.
Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.
Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.”
4. Salahkah Islam berpolitik?Boleh kah Islam dipisahkan dari politik?Tidak tahukah Nabi Muhammad SAW berpolitik juga? Kita perlukan kuasa untuk mentadbir menguruskan apa-apa yg tidak betul supaya ianya menjadi betul dan mendapat rahmat Allah.
5. Sekarang zaman fitnah..lihatlah di tv-tv mengenai cerita-ceritanya,berita-beritanya,semuanya ada unsur fitnah.Tak takut ke apa yg dibicarakan itu akan menjadi bukti nanti di padang Masyhar?
6. Majalah SOLUSI terbaru ada membicarakan mengenai pembawaan filem-filem yg sinis terhadap Islam.Kaum hawa yg menuntut hak sama rata.Mereka meminta agar terjemahan Al-Quran di gubal semula kerana menurut mereka,zaman dahulu penterjemah terdiri dari orang lelaki dan sebab itu byk penceritaan yg berkaitan dengan wanita maka puak-puak yg kononnya memperjuangkan hak wanita ingin menggubal terjemahannya.Inikah yg patut berlaku dalam pertubuhan PERJUANGKAN ISLAM?
7. Cukuplah sekadar coretan ini.Sakit hati apabila agama aku sendiri di ketawakan oleh orang yg ngaku dirinya Islam.Mmg diri ini takde kuasa utk mengubahnya tetapi InsyaAllah diri ini akan istiqamah dalam perjuangan Islam.Biarlah orang kata takkan kemana tapi pada aku perjuangan politik berasaskan Al-Quran,Sunnah dan Ijtimak Qiyas akan terus bersinar berbanding perjuangan Bangsa.
8.Ingatlah kita tidak akan hidup selama-selamanya.Ingatlah kita jaga Hak Allah,Allah akan jaga Hak Kita.Ingatlah dalam kubur,Malaikat akan diduduki kita dan bertanya “APA AGAMAMU?”Apa jasa kita terhadap Islam,apa jasa kita memartabatkan Islam.Malaikat tidak akan bertanya “APA BANGSAMU?”
9. Sekian,bacalah dari mata hati InsyaAllah akan terlihatlah keindahan Islam dan manisnya perjuangan Bersama Islam ini.