Zuhudnya ABU ‘UBAIDAH
Petikan dari Suara Hidauatullah,Edisi 8,bil.XXII,Disember 2008
Pada masa zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Abu ‘Ubaidah dilantik sebagai ketua pengawas Perbendaharaan negara,disamping sebagai Gabenor Syam.Jawatan ini dipegang oleh beliau sehinggalah ke masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
Suatu hari,Khalifah Umar al-Khattab berhajat berkunjung ke rumah si Gabenor ini.Abu ‘Ubaidah menolak kunjungan Khalifah.Katanya,”Aku takut kamu tidak kuasa menahan air mata setelah mengetahui keadaanku nanti.”Namun Khalifah Umar tetap mendesak.Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Khalifah Umar untuk berkunjung.
Setibanya Umar di rumah Abu ‘Ubaidah,sungguh terkejut dia menyaksikan pemandangan di hadapannya.Dia mendapati rumah gabenor itu agak kosong.Tiada perabot apa pun yang mengisi rumah sederhana itu.
Umar bertanya,”Wahai Abu ‘Ubaidah,di manakah tempat kediamanmu dan bagaimana kehidupanmu?Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sehelai kain lusuh dan sebuah piring besar itu,walhal kamu seorang Gabenor?”
Umar bertanya lagi,”Adakah kamu memiliki makanan?”Abu ‘Ubaidah lalu berdiri dari tempat duduknya dan mengutip ketulan arang.Umar tidak mampu menahan air matanya tatkala melihat keadaan gabenornya seperti itu.
Abu ‘Ubaidah berkata,”Wahai Amirul Mukminin,bukanlah sudah aku katakan tadi bahawa kamu ke sini hanya untuk menangis.”
Umar pun menjawab,”Ya Abu ‘Ubaidah,banyak sekali antara kita orang yang tertipu oleh godaan dunia.”