PAS lancar dana bina kompleks di Putrajaya
Diambil dari blog http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/pas-lancar-dana-bina-kompleks-rm-27.html semoga projek ini dirahmati ALLAH..INSYAALLAH…
PAS lancar dana bina kompleks RM 27 juta di Putrajaya
Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.
Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.
Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.
Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.
“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
